Sendi club 2010/2011

Assalamualaikum w.b.t...


Buat pertama kalinya seorang hamba Allah yang kerdil mula mengarang di blog kelab sendi. Dia mula menterjemah setiap apa yang berada dimindanya yang kebanyakannya bersifat fantasi supaya apa yang ditulisnya lebih bersifat realistik. Tatkala dia baru sahaja menyiapkan pamphlet untuk kelab sendi, fikirannya terus berputar ligat memikirkan kerja-kerja yang perlu dilakukan. Terus terang, dia tak punya idea yang begitu kreatif mahupun inovatif, namun dia masih cuba lakukan yang terbaik. Dia pasti tak mampu terus menerus membuatkan blog kelab sendi ini kelihatan meriah seperti blogger-blogger tegar yang lain. Untuk yang sedang baca pada masa ni, Tolong ingatkanku, supaya lebih rajin untuk meng-update blog ini..okeh?deal~

Sebagai pengenalan, ana rasa belum ramai yang tahu carta organisasi baru Sendi club. Ana mohon maaf kerana ana belum mendapat arahan dari pihak atasan lagi.hehe..InsyaAllah, setelah dapat kebenaran dan gambar penjawat jawatan-jawatan di Sendi club, ana akan siapkan carta organisasi dan akan di-publish di blog ini..hehe..

Apa yang berbeza?Dua biro dalam main comittee telah diubahsuai. Jika sebelum ini Biro Publication & promotion dan biro Information adalah dua biro yang berbeza, tahun ini kedua biro tersebut telah digabung lalu jadilah biro Media & Information. Namun kekosongan biro keempat tidak dibiarkan begitu sahaja. Presiden kelab sendi telah mencadangkan supaya diwujudkan biro baru iaitu biro Sponsorship & Entrepreneurship. Cadangan itu diterima baik oleh semua mainboard memandangkan kelab sendi perlu menjana pendapatan sendiri selain hanya memohon bajet dari Censerve. Selain itu, biro Documentation & Logistik dan Module &Training kekal seperti sediakala.


Setakat apa yang ana dapati, visi, misi, dan motto kelab mungkin telah diubah. Ana akan maklumkan di entry yang akan datang. Itu sahaja sedikit sebanyak yang mampu ana sampaikan. Ana masih kurang pasti medium apa yang wajar digunakan untuk blog sendi club ni. setakat ni ana menggunakan bahasa ibunda, harap kalian dapat memahami setiap isi yang ana tulis..mohon maaf atas segala kekurangan ana, yang baik tu hanyalah dari Allah, namun yg kurang tu semua dari kelemahan ana sendiri..


Wallahua'lam..

No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.