English is FUN !
Assalamualaikum para pembaca blog Sendi sekalian ! :)
Kali ini kami nak share cerita tentang program yang
telah dijalankan dibawah penyeliaan biro Public Relation. Program ini dinamakan Dynamic Mentoring 6 yang bertemakan English is Fun. Program yang bertempat di Sekolah Manjalara ini telah dimeriahkan dengan adik adik
mentee dari Sekolah Manjalara dan Sekolah Taman Bukit Maluri. Kami, abang abang dan kakak kakak
mentee
telah berkonvoi beramai ramai ke Sekolah Manjalara untuk bertemu dengan peserta peserta proram
kali ini. Program ini telah diwarnai dengan pelbagai aktiviti yang menarik antaranya: Spell It Right, Alphabet dan diakhiri dengan aktiviti kemuncak iaitu Explorace. Best
sangat tapi yang sedihnya adik-adik dari Sekolah Taman Bukit Maluri hanya sempat bersama kami
dalam aktiviti Explorace sahaja, disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan. Dan
buat adik mentee dari Sekolah Kg Selayang yang tidak bersama kami
dalam program ini, jangan bersedih yer.
Insyaallah nanti kita akan berjumpa dan berkumpul ramai-ramai dalam program Sendi yang
akan datang. Sebagai akhirannya, kami dari keluarga Sendi ingin mengucapkan terima kasih
di atas kerjasama dari pihak Sekolah Manjalara dan Sekolah Taman Bukit Maluri dalam menjayakan Dynamic Mentoring 6 kali ini.Tidak lupa juga kepada peserta peserta yang terlibat,
terima kasih diatas sokongan korang..adik-adik semua sporting sangat J , ♥ you guys…






No comments
Post a Comment